Idea Cadangan Penubuhan KelFoto
Idea cadangan penubuhan pertubuhan ini adalah datang dari keperluan untuk menjaga kebajikan para pengiat seni fotografi terutama dalam bidang komersial fotografi perkahwinan. Lantaran dari harga pakej yang tidak merudum tanpa kawalan suatu standard harga lantai. Ia menjadi ancarama kepada kelangsunan perniagaan perkhidmatan fotografi khususnya di Kelantan. Dengan muafakat dalam kalangan ahli komuniti fotografi di Kelantan idea penubuhan pertubuhan ini adalah untuk menjaga kebajikan pengusaha perkhidmatan fotografi di Kelantan.
Antara agenda lain adalah untuk menjadi platform kepada pengiat seni fotografi untuk terus berkarya secara konsisten dengan adanya pelbagai aktiviti di bawah seliaan Pertubuhan Fotografi Kelantan ini. Ia juga akan memudahkan pelbagai pihak yang ingin bekerjasama untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi profesional dari anak kelahiran tempatan yang akan merangsang kepesatan ekonomi setempat, di samping itu akan dapat menjulang nama negeri Kelatan yang kaya dengan seni dan budaya.
Jika tuan/puan mempunyai pandangan dan idea, boleh lontarkan komen di bawah.
Comments
Post a Comment